• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

HAT MIZAN, 24 Julai 2019 – Sesi wawancara TV Al Hijrah bersama veteran ATM (1674) Ujang bin Mormin (Pak Ujang). Beliau menceritakan pengalaman sewaktu berperang menentang tentera Jepun bersama Leftenan Adnan Saidi dalam Pertempuran di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura pada tahun 1942. Wawancara akan disiarkan melalui media sosial Al Hijrah pada 31 Ogos 2019.

Pontian, 23 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi melaksanakan lawatan siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap veteran dan balu di sekitar Pontian, Johor.

Lawatan turut disertai oleh Ketua Cawangan PVATM Pontian, Tn Hj Md Saat bin Hashim.

Veteran dan balu yang terlibat adalah:

1. Pn Siti Mariah bte Abdullah (balu A/Y 812173 Abdul Hamid bin Payman) di alamat Lorong Yunus, Jalan Parit Masjid, Pontian.

Selangor, 23 Julai 2019 - Penyerahan peralatan pesakit dan lawatan kebajikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM ke atas Veteran ATM di sekitar Selangor.

Antara veteran yang terlibat adalah seperti berikut;

Perak, 22 Julai - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman melakukan lawatan kebajikan dan siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap veteran dan balu seperti berikut:

1. Puan Huzaimah bt Mahmood, balu Kepada Allahyarham veteran 808914 Zainal Anuar bin Zamri di alamat Taman Merdeka, Ipoh.

2. Veteren 206703 Ahmad Isa bin Sukeri di alamat Kg Dato' Ahmad Said Manjoi Ipoh.

3. Veteran 6034976 Roslahti bin Jamalani di alamat Taman Meru 2 C Jelapang.

Selasa, 23 Julai – JHEV ATM Cawangan Kelantan & Terengganu telah mengadakan Sesi Dialog Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu bersama Persatuan Veteran Negeri Kelantan di Pejabat MKN Negeri. Sesi Dialog ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada Persatuan tentang Peranan dan Tanggungjawab JHEV ATM dengan lebih terperinci.

Merbok, 20 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (JHEV KPP) telah menghadiri jemputan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus "Upskilling" Pegawai Penguatkuasa(KP 29) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia(MAQIS) di Damai Park Resort, Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah MAQIS iaitu Tuan Saiful Yazan bin Alwi yg melibatkan seramai 46 Pegawai Penguatkuasa MAQIS yang menamatkan latihan tersebut.

Lanchang, 20 Julai 2019 - Pengarah JHEV Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 8 bagi PVATM Cawangan Lanchang Baharu di Dewan Panglima Perang Weh, SMK Datuk Bahaman, Lanchang. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang turut memberi penerangan berkenaan kebajikan serta penjelasan berkaitan Bantuan Harapan negara (BHN) dan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada seramai lebih kurang 64 orang veteran yang hadir.

Mersing, 20 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi menghadiri Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Mersing yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Mersing.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pegawai Khas ADUN Endau En Muhamad Amerul Bin Muhamad bagi mewakili YB ADUN Endau.

Setelah selesai mesyuarat acara diteruskan dengan sesi dialog bersama Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor.