• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Kapit, 14 Jun 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim menyerahkan waran/cek Bantuan Harapan Negara (BHN) kepada veteran yang mempunyai masalah bank di kawasan kapit. Perjalanan ke kawasan veteran mengambil masa satu hari perjalanan darat dan satu hari perjalanan menggunakan sungai. Semoga melalui bantuan BHN ini dapat meringankan beban sara hidup veteran.

Selangor, 30 Mei 2019 - Majlis penyampaian sumbangan perayaan kepada pesakit Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM di No. 17, Jalan Sungai Besi Indah 5/2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad Ketua Pengarah JHEV ATM merangkap Pengarah Eksekutif Syarikat Perubatan D' VET Sdn. Bhd. Seramai 35 orang pesakit telah menerima sumbangan perayaan tersebut.

 

.

 

PEKAN, 30 Mei 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan bersama staff telah melaksanakan lawatan kebajikan kepada Puan Madiah binti Abang Gundai, balu kepada Allahyarham Veteran Kamaruddin bin Abd Hamid di Lot 932, Lorong Mawar 2, Kampung Dato' Shahbandar, 26600 Pekan, Pahang.

 

Puchong, 23 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM telah  menyerahkan peralatan pesakit kepada beberapa orang veteran ATM seperti berikut:

 

  1. Penyerahan peralatan pesakit berupa Standard Wheelchair & Quad Cane kepada Veteran Encik Md Yusop bin Che Ngah di alamat Kg Sri Langkas, Puchong.

 

Wangsa Maju, 14 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan Penyerahan peralatan pesakit berupa Lighweight Recliner Wheelchair 18" Aluminium kepada veteran ATM, Encik Saliman bin Chepol di alamat Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Perak, 15 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman menghadiri Jemputan Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Vateran Zon Klebang dan penduduk setempat di Masjid Medan Klebang Restu Meru, Perak.

Program dimulakan dengan pengagihan bubur lambuk, berbuka puasa, solat terawikh dan moreh.

 

Hulu Langat, 13 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan Lawatan Kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Shaharuddin bin Selamat di alamat Surau Nurul Hidayah, Hulu Langat.