• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Besut, 1 Mei 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah Bin Alias telah hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Jerteh, Terengganu di Masjid Hadhari Besut. Mesyuarat dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Idris bin Jusoh, Ahli Parlimen Besut dah JHEV ATM Cawangan Negeri turut membuka kaunter bergerak bagi menerima Borang Skim Kebajikan, Borang Pendaftaran Kad Veteran, Semakan BHN 2019 dan Borang Pingat Jasa Malaysia.

 

Kabong, 1 Mei 2019 - Pegawai daripada JHEV ATM Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Dialog dan melakukan lawatan siasatan terhadap veteran yang mengalami kebakaran rumah. Program telah dianjurkan oleh PVTMS dimana antara intipati program kali ini adalah memberi penerangan berkenaan dengan Fungsi, Peranan dan Bantuan JHEV ATM.

Mersing, 30 April 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Muhammad Fazdli Bin Jafri melakukan kebajikan dan penyerahan katil pesakit di sekitar Mersing dan turut diiringi oleh AJK PVATM Mersing.

Penyerahan katil pesakit dan Commode Chair kepada En Mad Razi bin Osman yang terlantar akibat kanser otak di kediaman beliau beralamat Blok Kenanga, Kompleks Perumahan Polis Mersing. Beliau telah dibenarkan keluar hospital setelah menerima katil pesakit bagi memastikan keadaan pesakit terjaga.

Sarawak, 29 April 2019 - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Ak Serit dan Mej Pahot Ak Joll di Kompleks Auditorium Belia & Sukan. Turut diadakan sesi dialog di antara Ketua pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato Dzulkarnain bin Ahmad bersama Veteran ATM Negeri Sarawak yang melibatkan beberapa persatuan dan kelab.

Turut hadir,Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw, pegawai khas pejabat Ketua Menteri Sarawak.

30 April 2019 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mejar Hairi bin Muhamad Radzi telah melaksanakan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup terhadap veteran dan balu di Segamat dan Tangkak. Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Cawangan dan AJK PVATM Cawangan Segamat dan Tangkak. Antara Veteran dan balu yang dilawat adalah:

1. En Tajul Urus bin Manaf di Tangkak.

2. Pn Siti Rasinah bte Hj Sardi (balu kepada Allahyarham Mohd Syahrizan bin Jamaluddin) di Segamat.

Keterah, 27 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah Bin Alias telah hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Ketereh Kelantan di Mjalis Daerah Keterah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Tengku Tan Sri Dato' Hj Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri turut membuka kaunter bergerak bagi menerima Borang Skim Kebajikan, Borang Pendaftaran Kad Veteran dan Borang Pingat Jasa Malaysia.

 

Tanjung Gelang, 27 April 2019 – Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang turut membuka kaunter di Pameran Hari Terbuka Armada (HTA) Sempena Hari Ulang Tahun (HUT)  TLDM ke-85 di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang yang telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis, Panglima Markas Wilayah Laut 1.

Mentakab, 28 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM telah menghadiri jemputan ke program Promosi ATM khas untuk masyarakat kaum India anjuran Persatuan PERIM Negeri Pahang di bawah tajaan 'Malaysia Indian Transformasi Unit (MITRA)’ dan ATM. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Mohammed Ismail bin Mohd Ibrahim, Ahli Kehormat PERIM Negeri Pahang, juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Olahraga Negeri Pahang. Majlis telah diadakan di Dewan SMK Seni Semantan.