• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Ukay Perdana, 16 April 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P K. L melakukan Lawatan kebajikan ke atas balu Kapt (B) Redzuan bin Mohd Yusof TUDM di alamat A2-02 Apartment Seri Melor Ukay Perdana.

Balu beliau telah diberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan Bantuan Mengurus Jenazah dan pihak JHEV ATM Cawangan Negeri akan membantu dalam mempermudahkan urusan tersebut.

 

 

Wangsa Melawati, 15 April 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melawat puan Norisah iaitu isteri kepada Kol Mohamad Fuzi bin Taib (B) di  14 Jalan Wangsa Siaga 1, Wangsa Melawati. Isteri beliau mengalami stroke dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan berupa katil hospital dan susu seperti yang diperlukan oleh isteri beliau bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

Kem Desa Pahlawan, 11 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah Bin Alias telah terlibat dengan Program Forum Khidmat Nasihat Persaraan Peringkat 8 Bgd di Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Pengarah JHEV ATM Cawnagan Negeri telah menyampaikan taklimat tentang Peranan dan Tanggungjawab JHEV ATM kepada Bakal Pesara.

Taiping, 7 April 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman Pengarah telah hadir dan seterusnya Merasmikan Mesyuarat  Agong Persatuan Bekas Tentera Taman Perpaduan Kamunting buat kali ke 8 bertempat di Perumahan Taman Mewah Taiping, Perak. Seramai lebih kurang 100 orang veteran bersama Serikandi serta Balu hadir dalam Mesyuarat Agong tersebut.

ALOR GAJAH, 7 APRIL 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Rumbia/ Pulau Sebang kali ke 26 Tahun 2019 yang diadakan di Dewan Bestari Kolej Vokasional Datuk Sri Md Zin, Alor Gajah Melaka. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Ginie Lim Siew Lin, EXCO Wanita dan Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar merangkap ADUN Machap.

Sibu, 4 April 2019 - Satu sesi Program Dialog telah diadakan bertempat di Warong Rakyat Igan di mana pemilik warong adalah veteran ATM Encik Suhaili bin Sulaiman dan telah dianjurkan oleh PVTMS.

Program ini telah dihadiri oleh Sjn Iswandy bin Saadi, Penyelaras JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak Bahagian Sibu. Antara intipati program adalah memberi  penerangan berkenaan dengan Fungsi,Peranan dan bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM .

 

 

Kelantan, 4 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Muhd Aman Shah Bin Alias menyampaikan taklimat mengenai Peranan dan Tanggungjawab JHEV ATM dalam Menjaga Kebajikan Isteri, Balu dan Anak Veteran kepada Ahli BAKAT 8Bgd sempena Lawatan Ulung Pengerusi BAKAT 2 Div. Program telah diadakan di Dewan Sri Pahlawan, Kem Desa Pahlawan.