• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sarawak, 8 Mac 2019 - Lawatan Siasatan Kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim ke atas veteran Abdul Malek bin Abdullah.

Veteran berpencen, berstatus OKU dan mengidap penyakit stroke serta tinggal bersama anak lelaki yang berumur 19 tahun dan seorang anak perempuan juga berstatus OKU. Anak lelaki beliau merupakan atlet silat Negeri Sarawak dan akan melapor diri sebagai Anggota PDRM pada minggu hadapan.

Kuala Lumpur, 6 Mac 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM dan pegawai menerima kunjungan daripada Encik Mohd Zubir Bin Mohamed, Pegawai Serantau kepada Menteri Pertahanan di pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Perjumpaan diadakan bagi membincang isu-isu berkaitan hal ehwal veteran ATM.

Pekan, 6 Mac 2019 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dan staf melakukan kunjungan ke atas veteran ATM yang melaksanakan kerja amal iaitu Kapt (B) Aiyatudin bin Daud yang menguruskan Sekolah Maahad Tahfiz di sekitar Pekan, Pahang.

Antara lokasi yang dikunjungi dan dilawati oleh Pengarah dan staf JHEV ATM Negeri Pahang adalah:

a. Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Kg Permatang Pasir, 26600 Pekan, Pahang.

JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan P.Pinang telah hadir  dalam Program Goyong-Royong Amal pada 3 Mac 2019 bersama-sama gabungan beberapa persatuan ATM di rumah veteran ATM iaitu Encik Kamaruddin bin Mat (712327)-ex HANDAU di alamat No. 256, Lorong 9D, Taman Permai, Sungai Petani Kedah. Seramai 80 veteran yang mewakili beberapa persatuan veteran ATM termasuk penduduk taman hadir dalam program ini.

Bentong, 3 Mac 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan turut hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Bentong kali ke 46 di Dewan Desa Damai, Pahang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Mejar (B) Haji Ramli bin Saad sebagai Pengerusi Tetap PVATM Cawangan Bentong dan diteruskan oleh Haji Abd Manaf bin Mohamed selaku Ketua Cawangan PVATM Cawangan Bentong. Mesyuarat turut dihadiri oleh YDP PVATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt (B) Abdul Latif bin Mohd Noor.

Perak, 1 Mac 19 -  Sempena dengan HUT TD ke 86 yang di anjurkan oleh TD di Padang Bola Sepak ladang Kamuning, pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Perak turut membuka kaunter  ‘HARI BERTEMU PELANGGAN’ dan antara perkhidmatan yang disediakan adalah menukar kad Veteran ATM (Kad Pesara).

 

 

Pulau Pinang, 21 Feb 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM melakukan lawatan Siasatan Sara Hidup di sekitar Pulau Pinang pada 19 hingga 21 Feb 2019. Antara veteran yang telah ditemui adalah seperti berikut:

 

1. 25115 - Ahmad bin Othman.

2. Balu - Rasnah binti Abd Rahman.

3. 29729 - Yusof bin Bakundaramuty.

4. 206309 - Jamaludin bin Osman.

5. 95860 - Che Dan bin Razak.

6. 31244 - Ahmad Zaini bin Salleh.

Sarawak, 22 Feb 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melawat veteran 1065154 Rjr (B) Belia k Musa daripada Rumah Selugo, Karangan Rangkang, Ulu Katibas Song  bersama YBhg Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw.