• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Mersing, 21 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi melaksanakan lawatan siasatan bantuan Sara Hidup  dan lawatan kebajikan terhadap veteran dan balu di sekitar Mersing.

Lawatan turut disertai bersama oleh Ketua Cawangan PVATM Cawangan Mersing En Ahamad bin Jaus.

Veteran, balu dan anak yang terlibat adalah:

Lawatan Bantuan Sara Hidup

Setiawangsa, 18 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran dan balu veteran yang mengalami masalah kesihatan. Turut serta di dalam lawatan tersebut adalan Timbalan Ketua Cawangan PVATM Setiawangsa iaitu veteran hj Yahaya bin Man dan isteri. Antara veteran dan balu yang dilawati adalah seperti berikut;

Changkat Jering, 18 Julai 2019 – Lawatan kebajikan dan siasatan sara hidup oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman terhadap beberapa orang veteran ATM seperti berikut;

1. Veteran 107695 Encik Musa Hussin dari Kampung bendang nibong.

2. Veteran British Army 18192962 Encik Mohammad Nor Salleh  dari Taman Menteri.

3. Veteran 1057182 Encik Mohd Azmi junus dari Kampung Dusun Mad Dinah.

Kluang, 19 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, melaksanakan lawatan kebajikan terhadap Veteran 828980 Mohd Fazdli bin Md Latiff di alamat no. 34, Jalan Seraya, Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Veteran telah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Feb 18. Beliau terlantar dan dijaga oleh ibu beliau Puan Aisyah bte Daud.

Waris veteran telah diberi penerangan berkenaan bantuan-bantuan yang boleh dimohon melalui JHEV ATM. Borang permohonan bantuan telah diserahkan kepada waris veteran berkenaan.

Melaka, 18 Julai 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 500 orang veteran ATM bagi negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebentar tadi.

Temerloh, 17 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan Bencana Alam terhadap veteran di sekitar Temerloh dan Lipis. Terdapat beberapa buah rumah veteran yang mengalami kerosakan akibat daripada rebut yang melanda. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya terhadap veteran yang terlibat bagi meringankan beban bagi membaiki kerosakan yang berlaku. Antara veteran yang mengalami kerosakan rumah adalah seperti berikut;

KAWASAN TEMERLOH

Raub, 17 Julai 2019 - Lawatan Siasatan dan Kebajikan Ke Atas veteran ATM di sekitar Kawasan Raub oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan. Antara veteran yang dilawat adalah seperti berikut;

 

1. Puan Umbi Kelsom binti Bidi, balu kepada Allahyarham Veteran (11266) Idris bin Tir @ Tahir di alamat No 358, Kg Sri Jaya, Mukim Ulu Gali, 27600 Raub, Pahang.

 

Kuching, 16 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Pahot ak Joll telah melaksanakan lawatan siasatan bagi Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) terhadap veteran dan balu seperti berikut:

 

1. Pn Saripah Masini binti Wan Zainudin (Balu Veteran) di No 121, Batu 2 1/2, Jalan Matang, Kuching, Sarawak.

 

2. Pn Nahing anak Gahu (Balu Veteran) di 539A Lorong 4C, Taman Malihah, Kuching, Sarawak.