• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Segamat, 19 Nov 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Salman bin Shariff melakukan lawatan Sara Hidup ke rumah Encik Jumadi bin Ahmad di No 158, Jalan Suria 1, Taman Perumahan Chaah, Segamat dan Lawatan Kebajikan terhadap Encik Hashim bin Md. Noor di katil 706, Wad 7, Hospital Segamat Johor yang mengalami patah kaki, kompilasi buah pinggang, jantung lemah dan darah tinggi.

Sarawak, 19 Nov 18 Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap veteran PW1 Meseken anak Gindal Ex RRD bersama Mej Jen Dato Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen.

Siasatan awal telah dibuat bersama Pegawai Perubatan 1 Divisyen dan mendapati veteran telah mengidap penyakit Brown Squard Syndrom (Masalah tulang belakang). Lanjutan daripada siasatan tersebut, doktor telah mengesyorkan agar bantuan peralatan pesakit seperti berikut:

17 Nov – Pusat Latihan Pasukan Khas Laut yang menjadi kebanggaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin. Majlis berkonsepkan 3 dalam 1 ini juga turut diserikan dengan Majlis Penutup Kursus Asas Komando PASKAL Siri 65/18 dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 21 orang Veteran PASKAL.

Sarawak, 15 Nov 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap isteri veteran ATM, Encik Mohd Nadzir bin Abd Rahman.

 

Sarawak, 15 November 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap balu veteran ATM,  Puan Menti ak Seman isteri mendiang SSjn Howel ak Entri Ex RRD. Siasatan awal bersama Pegawai Perubatan 1 Divisyen telah dibuat sebelum ini  bagi mengenal pasti pemasalahan yang berlaku terhadap balu. Sehubungan dengan itu, Doktor yang merawat telah mengesyorkan bantuan peralatan pesakit seperti berikut:

Terengganu, 9 November 2018 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu, telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

‪Seramai 176 orang veteran yang terdiri daripada Persatuan Veteran ATM (PVATM), Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) dan Persatuan/Kelab Veteran termasuk 10 orang darinya diwakili oleh balu telah menerima anugerah PJM ini.

Kulim, 4 November 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM turut hadir bersama-sama mengadakan aktiviti Program Gotong-Royong Jiwa Murni  di Kampung Padang Cina Muslim, Kedah.

Jutaan tahniah dan selamat datang diucapkan dari kami Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) kepada Mejar Jeneral Dato' Dzulkarnain bin Ahmad selaku Ketua Pengarah yang baru di JHEV ATM. Selamat menjalankan tugas dengan penuh cekal dan dedikasi selaras dengan matlamat JHEV ATM demi agama, bangsa dan negara.