• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2018 dengan tema “SAYANGI MALAYSIAKU” telah diadakan di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018. Turut hadir ialah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, YAB Datuk Seri Dr.

Perak, 31 Ogos 2018 – Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Mej Hasanuddin bin Othman turut hadir ke Upacara Perbarisan Hari kebangsaan Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. DYMM Sultan Perak juga turut berkenan menyempurnakan sumbangan kepada 5 orang veteran ATM Perak.

 

 

Kedah, 28 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM telah melakukan lawatan kebajikan terhadap beberapa orang veteran ATM seperti berikut;

1. Encik Hashim bin Hussain dan Balu kepada Allahyarham veteran ATM Encik Hashim bin Bakar yang telah ditimpa musibah rumah terbakar di Kampung Paya, Butterworth, Pulau Pinang pada 260345H Ogos 18 akibat daripada litar pintas.

Kuantan, 27 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menyampaikan mengenai peranan dan tanggungjawab JHEV ATM sempena Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM di Dewan Seri Angkasa, Pengkalan Udara Kuantan.

Forum telah dihadiri oleh 60 orang pegawai dan anggota yang bakal bersara / menamatkan perkhidmatan di PU Kuantan.

Pahang, 28 Ogos 2018 -  Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan  melakukan Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit di sekitar Kuantan seperti berikut;

Lawatan Kebajikan

1. Veteran ATM Encik Zainal Abidin di alamat No 18, Lorong 8, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

2. Veteran ATM (211623) Encik Ab Hamid bin Mohammad di alamat No. 32, Lorong 5, Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

 

Johor, 24 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri turut hadir ke Majlis Korban Perdana cawangan Muar. Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato Hj Salahuddin bin Ayub.

Pihak JHEV ATM Cawangan Johor juga turut berkesempatan menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh veteran di sekitar Kawasan Muar.

 

Sarawak, 24 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan terhadap veteran ATM MYA/18195084 Pbt Intan Ak Entigar dari Kampung Kakus Kanowit. Beliau merupakan Ex 1 Bn Malaysia Renjer.

 

Jerteh, 17 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias hadir ke Majlis Ziarah Kasih  Kelab Saem Sahabat 302 di rumah 193629 Encik Kadir bin Yahya yang kematian ibunya di Kampung Padang Landak, Terengganu. Turut diadakan Majlis tahlil dan rombongan Kelab Saem Sahabat di ketuai oleh Pengerusinya iaitu Encik Zohari bin Isa.