• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

PERLIS 15 Ogos- Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) dengan kerjasama Agensi Elit POLICTERA Malaysia telah menganjurkan PROGRAM SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2018 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61.

Temerloh, 15 Ogos 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Idzuan melakukan Lawatan kebajikan kepada veteran ATM, balu veteran ATM bagi membuat siasatan dan penilaian permohonan Bantuan Sara Hidup dan penyerahan Peralatan Pesakit. Antara veteran ATM dan balu veteran ATM yang di lawat adalah seperti berikut:

 

1. Permohonan Bantuan Sara Hidup.

a. Veteran ATM,  (1022904) Encik Abd Rahman bin Musa, Kmpg Teris, 28500 Lanchang, Pahang.

 

Kuala Lipis, 14 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM mengadakan lawatan ke atas Puan Essah binti Embong, Ibu kepada Allahyarham veteran ATM 1023019 SSjn (B) Zainual bin Abd Aziz di No 757, Kampung Chat, Benta, Pahang.

Lawatan ini bertujuan untuk menyediakan Laporan Siasatan Keadaan Ekonomi dan Kesihatan bagi Puan Essah bagi menentukan kelayakan menerima pencen gemulah Veteran.

Sibu, 11 dan 12 Ogos 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim melaksanakan penyerahan peralatan perubatan kepada veteran ATM, Encik John Ak Jawang di Kampung Sentosa dan Encik Samat Bin Siret di Kampung Hilir Serian. Antara peralatan yang diserahkan seperti berikut:

 

a) Kerusi roda

b) Kerusi tandas

c) Rifle Matress

 

Semoga dengan pemberian peralatan tersebut dapat meringankan beban veteran sekeluarga.

Beserah, 10 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menyerahan peralatan perubatan berupa kerusi roda, kerusi tandas dan walker empat (4) kaki kepada veteran ATM,  1021294 Encik Mohd Uzir bin Ahmad di alamat No 13, Lorong Chengal Lempong 3, Taman Balok Jaya 2, Pahang.

 

 

Bukit Beruntung, 08 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Mohd Sapian bin Ismail di Aparment Kenanga, Taman Bunga Raya, Selangor.

Beliau mengalami lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya dan Pihak JHEV ATM akan menguruskan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Puchong, 07 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan Lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Md Yusof bin Che Ngah di Lot 68 Kampung Sri Langkas Tambahan, Bt 13, Jalan Kelang, Selangor.

Veteran telah mengalami strok dibahagian kanan badan dan menyukarkan beliau untuk bergerak. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memberikan penerangan mengenai bantuan-bantuan yang boleh diuruskan bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.

Perlis, 4 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Perlis ke 54 di Dewan Kemas Berseri.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Dato Sri Azlan bin Man dan turut berlangsung Majlis Pengurniaan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) PVATM yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis.