• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Sarawak, 4 Ogos 18. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit menyampaikan ceramah dan merasmikan Mesyuarat Persatuan TLDM Sarawak di Bilik Gerakan JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak.

Terengganu, 3 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias melakukan lawatan kebajikan ke atas veteran ATM, encik Wan Aziz bin Wang Awang (berpencen) di Kampung Ajil, Kuala Berang bersama-sama dengan Persatuan Veteran Ex 5 RAMD Zon Timur.

Pendang, 03 Julai 2018 – Lawatan kebajikan  Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM  terhadap veteran ATM 1128706 Encik Abdul Malik bin Said di alamat 121-A Kampung Baru, Jalan Sungai Tiang, Kedah brsama dengan ibunya.

Beliau mempunyai masalah kesihatan cacat kekal & tidak boleh berjalan akibat kemalangan semasa prkhidmatan dan veteran juga perlu memakai lampin & urine bag untuk membuang air.

31 Jul 18. Aktiviti sempena Hari Pahlawan anjuran JHEV ATM Sarawak dan Mk 1 Div yang turut melibatkan Persatuan veteran ATM.

 

 

Kedah, 31 Julai 2018 - Istiadat Perbarisan dan Meletak Kalung Bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah telah diadakan di Tugu Peringatan, Jalan Tunku Bendahara pada jam 10.00 am.

Bidong, 26 Julai 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Lt Muhamad Nasrul Syafiq bin Zulkifli TUDM menyerahkan peralatan pesakit berupa Oxygen Condenser kepada isteri veteran ATM, Puan Rohani binti Mat Ali yang mempunyai masalah kesihatan TB dan sukar untuk bernafas di No 477, Jalan 4, Taman Lembah Permai, Kedah. Suami beliau iaitu 1053307 Encik Md Asri bin Md Nor merupakan ahli Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM)

 

 

Sibu, 26 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan pemeriksaan kesihatan ke atas balu veteran ATM mendiang 6011177 Sjn Howel Ak Entri (Ex 3 RRD) bertempat di kediaman beliau di Kota Samarahan serta turut dihadiri oleh PS 2 Perubatan MK 1 Div.

Kuala Lumpur, 25 Julai 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Isa bin Ahmad TLDM melakukan lawatan kebajikan ke atas Lt Kol (B) Encik Muhamad Wahbullah bin Abu Zarin TUDM di Wad Onkologi, Tingkat 3, Katil 1 Hospital Besar Kuala Lumpur.

 Beliau telah di sahkan mengidap kanser Lidah tahap kritikal dan pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang selayaknya diperoleh bagi meringankan beban yang ditanggung.