• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Seri Kembangan, 7 Jun 2018 - Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan kepada pesakit Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain.

Seramai 42 orang telah menerima sumbangan perayaan termasuk 26 orang veteran ATM.

Pahang, 6 Jun 2018 - Penyerahan Voucher BBN dan peralatan pesakit kepada veteran ATM di sekitar Kuala Lipis, Benta dan Cameron Highland oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu seperti berikut;

1. Mat Isa A/L Bah Chufek ( T135859) Tanah Rata,Cameron Highlands.

2. Ismail Bin Gelok ( T1042103) Kampung Sarang,Betau, Kuala Lipis.

3. Razalli Bin Yahya ( T1016061) Kampung Tualang Padang,Benta.

Batu Caves, 6 Jun 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah telah menyampaikan Sumbangan Perayaan kepada Pesakit Dialisis di Pusat Dialisis Yayasan Veteran Sunway.

Seramai 29 orang pesakit telah menerima sumbangan yang terdiri daripada veteran ATM dan orang awam.

Pahang, 5 Jun 2018 - Penyerahan Voucher BBN di Jengka dan Jerantut oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam seperti berikut:

1. Abdul Manan Bin Sani ( T 127557) di Jengka 21.

2. Ahmad Subri Bin Md Rasid ( T 1074996) di Felda Jengka 13.

3. Mohd Azam Bin Junus@ Muhammad Nor ( T 826097) di Felda Jengka 9.

4. Daud Bin Busah (T 72681) Felda Kota Gelanggi 01 di Jerantut.

5. Mohd Junaidi Bin Mohd Nor ( T 1072514) di Mukim Tebing Tinggi Jerantut.

Bukit Beruntung, 05 Jun 2018 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Khir bin Abdullah telah merasmikan Majlis Sumbangan Perayaan Aidilfitri 2018 Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM Bukit Sentosa. Seramai 36 orang telah menerima sumbangan termasuk 5 orang veteran ATM.

Kulim, 4 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM melakukan lawatan terhadap seorang balu veteran ATM dan 6 orang veteran ATM yang menjadi mangsa banjir di Sungai Kob, Kedah.

Turut Hadir bersama-sama lawatan adalah YDP PVATM Cawangan Kulim, Pihak JHEV ATM juga akan menghulurkan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.

Pahang, 04 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM menyampaikan Vouncher BBN kepada beberapa orang veteran ATM di sekitar triang seperti berikut;

1. Puan Maimunah bte Jamaludin, beliau merupakan balu kepada veteran ATM, Allahyarham Mohammad Ali (T1805697) di Chemomoi, Triang.

2. Veteran ATM, Puan Siti Salimah bte Ismail (T271179) dari Felda Sg Kemahal..

Perlis, 03 Jun 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM hadir ke Majlis Penyampaian Voucer BBN kepada 21 orang veteren ATM Negeri Perlis bertempat di Dewan Kemas Alor Tampang, Berseri. Turut hadir YDP PVATM Negeri Perlis, YBhg Dato’ Hj Idrus bin Kassim.