• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Perjumpaan Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak Bersama Pemimpin Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak

Kuching, 10 Julai 2019 - Satu sesi perjumpaan telah diadakan diantara Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Pahot ak Joll dengan pemimpin persatuan veteran ATM Negeri Sarawak di bilik gerakan JHEV ATM Negeri Sarawak.

Pelabuhan Klang, 8 Julai 2019 – Penggambaran Dokumentari Rancangan Sayang RTM untuk penerima Pingat Panglima Tentera Udara (PTU), Kapt (B) Tien Sen Ann di kediaman beliau di Pelabuhan Klang, Selangor. Dokumentari dijangka akan disiarkan melalui saluran My Freeview 123 pada 3 Ogos 2019. Turut hadir Mej Ardi Mat Zain, Ketua Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM mewakili JHEV ATM.

Semarak, 8 Julai 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Isa Bin Ahmad TLDM telah menyerahkan peralatan pesakit berupa kerusi roda kepada veteran ATM Encik Shuaid bin Baharom di kediaman beliau di PPR Sri Semarak.

Lawatan kebajikan turut dilakukan ke atas veteran ATM Puan Musalmah binti Abdul Hadi di alamat Sg Merab Luar, Kajang.

Semoga dengan penyerahan peralatan pesakit tersebut dapat meringankan beban veteran sekeluarga.

 

Penampang, 5 Jul 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mej Mohd KamarulHelmi bin Mohamad Esa menyerahkan bantuan peralatan pesakit iaitu kerusi roda, Walking Frame, Mobile Shower dan Ripple Mattress kepada veteran Encik Lazarus Nicholas di alamat Kg Nosoob Baru, Penampang, Sabah.

Beliau menghidap penyakit Strok Separuh Badan. Semoga dengan bantuan peralatan pesakit yang diterima dapat meringankan beban veteran.

Seri Kembangan, 5 Julai 2019 – Penggambaran Dokumentari Rancangan Sayang RTM untuk penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB), Kapt (B) Panir Chellvum Al Velaithan di kediaman beliau di Seri Kembangan, Selangor. Dokumentari dijangka akan disiarkan melalui saluran My Freeview 123 pada 2 Ogos 2019. Turut hadir Mej Ardi Mat Zain, Ketua Unit Komunikasi Korporat JHEV ATM mewakili JHEV ATM.

 

Kuantan, 4 Julai 2019 - Forum Khidmat Nasihat Persaraan Anggota ATM Anjuran 4 Briged telah diadakan di Rumah BAKAT 4 Briged (Mekanize), Kem Sri Panching, Kuantan, Pahang pada 3 dan 4 Julai 2019.

Penolong Pengarah JHEV ATM Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menyampaikan taklimat mengenai peranan dan Tanggungjawab JHEV ATM pada hari kedua forum berlangsung.

Bera, 5 Julai 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan melakukan Lawatan Siasatan dan Kebajikan Ke Atas Veteran ATM di Sekitar Kawasan Temerloh, Mentakab dan Bera, Pahang. Antara veteran dan balu veteran yang ditemui adalah seperti berikut;

 

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

1. Puan Zawiah binti Yaacob, balu kepada Allahyarham Veteran (1012316) Zulkifli bin Ahmad di alamat Kg Desa Bakti, Batu 7, Mentakab, Pahang.