• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi melawat veteran yang uzur iaitu Encik Shamsuri bin Ahmad di No 175, kampung Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak yang terlantar akibat masalah hati dan usus pada 13 Oktober 2017.

Program Dialog Tranformasi Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) Veteran ATM bersama Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Oktober 2017. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri mengadakan Lawatan kerja projek Program NBOS BP  yang telah siap di rumah Veteran ATM, Encik Wan Ali bin Wan Chik  di Kampung Sri Timor, Sembrong pagi tadi. Turut hadir wakil khas En Zainudin Naib Pemuda Umno Sembrong & rombongan.

 
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM, Encik Azhar bin Abdullah Sani yang ditimpa musibah rumah terbakar di No 354 Blok 9, Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Pahang.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan melakukan lawatan kebajikan ke atas Veteran ATM, Encik Ismail bin Md Hashim di No 13, Lorong Raya 7, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur pada 031445H Oktober 2017.

Beliau mengidap kanser hati tahap 3 dan berada di bawah pengawasan Hospital Ampang, Selangor.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi menyerahkan peralatan pesakit berupa katil pesakit kepada Veteran ATM, Encik Abd Rahman bin Abdullah yang berumur 57.

Beliau terlantar lumpuh di rumah beliau di alamat No 16, PPMS Bukit Buluh, Pengkalan Hulu, Perak. Turut serta ketua PVATM Cawangan Pengkalan Hulu.

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 51 orang Veteran ATM daripada Persatuan PASKAL TLDM yang disempurnakan oleh Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut di Auditorium Sri Layaran PASKAL, Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 01 Oktober 2017.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melakukan lawatan bagi Permohonan Bantuan Sara Hidup dan Bencana Alam di daerah Jerantut meliputi kawasan-kawasan berikut pada 29 September 2017: