• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Aziz bin Ismail di kediaman beliau di Kampung Gua Salor, Kelantan yang mengalami masalah tulang pinggul dan sukar untuk berjalan pada 23 Jun 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Mohd Alias bin Awang Noh di Kampung Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan. Isteri veteran mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta penglihatan dan tidak boleh berjalan di kediaman beliau pada 23 Jun 2017.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah bersama isteri, Datin Nab binti Mamat meluangkan masa menziarah isteri Veteran ATM, Encik Mohd Nawawi bin Hamid di kediaman beliau di Kampung Pengkalan Kubur, Salor, Kelantan pada 23 Jun 2017. Isteri veteran mengidap penyakit stroke.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu,  Mej Muhd Aman Shah bin Alias melawat Veteran ATM, Encik Jani bin Hassan di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan yang mengidap stroke pada 23 Jun 2017.

Gambar pegawai dan anggota staf Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di sudut Halatuju bertempat di foyer MINDEF pada 20 Jun 2017 bersempena dengan bulan untuk mempromosikan Halatuju MINDEF kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan...

Penolong Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Muhamad Nabil bin Othman hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran PVATM Negeri Perak bersama exco kerajaan negeri Dato Shamsudin di Tower Regency Ipoh sempena penyerahan sumbangan tabung hari pahlawan kepada PVATM cawangan pada 16 Jun 2017.

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Perak, Lt Kol Yusof bin Saidi turut hadir ke Program Pemantapan Ramadan, Jemaah Parlimen Bagan Datuk bersama warga veteran polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia pada 17 Jun 2017.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bersama Staf Perubatan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM bersempena dengan Majlis Sumbangan Perayaan Aidilfitri 2017 Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM di Seri Kembangan, Selangor oleh Yang Berbahagia Mej Jen. Dato' Mohamad Khir bin Abdullah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pada 19 Jun 2017.