• Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).
  • Notice: Undefined index: query in _smart_paging_href_replace() (line 523 of /var/www/html/jhev2018/sites/all/modules/contrib/smart_paging/smart_paging.module).

Machang, 8 Ogos 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar dan wakil PVTTB Kelantan telah melawat 2 orang veteran ATM sekitar Machang, Kelantan. Lawatan ini dilakukan atas dasar penyerahan peralatan pesakit berupa kerusi roda dan juga lawatan kebajikan terhadap veteran.

Yan, 7 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rodzaly bin Abdul Rahman TUDM menyerahkan peralatan pesakit berupa katil hospital kepada veteran Encik Ghazali bin Ahmad (212491) -ex Armor.

Kuala Terengganu, 7 Ogos 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar dan wakil Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Kuala Terengganu telah melawat 7 orang veteran dan balu atas dasar Siasatan Bantuan Harapan Negara (BSH).

Bau, 7 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak, Mej Pahot Joll melaksanakan lawatan siasatan terhadap permohonan Bantuan Sara Hidup di kawasan Bau, Sarawak.

 

Senarai veteran dan balu yang dilawati seperti berikut:

 

Mentakab, 8 Ogos 2019. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM membuat Lawatan Bencana Kebakaran ke atas rumah veteran 1080880 PW II  Mustaffar bin Mohamad Noor, Jalan 4/3 Taman Sri Layang Mentakab, Pahang. Beliau merupakan bekas 7 RRD dan rumah beliau telah mengalami kebakaran sebanyak 100%.

Sarawak, 6 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak, Mej Pahot Joll melaksanakan lawatan siasatan kebajikan keatas veteran TUDM F/Sjn Tuah bin Jamali. Veteran diserang  angin ahmar dan memerlukan bantuan peralatan sokongan. Penerangan terperinci telah diberikan untuk membantu mudahkan veteran menerima bantuan.

Jumaat 2 Ogos 19 Taiping, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hassanuddin bin Othman telah melaksanakan lawatan Kebajikan dan siasatan Bantuan Sara Hidup (BSH) disekitar taiping dan batu kurau seperti berikut:

1. Veteran Wan Shamsudin bin Wan Ayob yang tinggal di PPR Simpang Perdana Taiping.