Kota Bharu, 27 Ogos 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar  telah dijemput ke Forum Khidmat Nasihat Bakal Pesara anjuran Markas Tentera Udara di Dewan Puteri, Pengkalan Udara Gong Kedak. Forum telah dihadiri oleh 65 orang bakal pesara dan forum berkisarkan tugas dan peranan JHEV ATM.

Selain itu, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri juga telah ke Aeon Mall, Kota Bharu untuk melihat sendiri kawasan yang akan dilaksanakan Program Derma Darah dan berbincang bersama Puan Aziam bt Muhammad, Pengurus Aeon Mall, Kota Bharu untuk koordinasi Program Derma Darah.

Akhir sekali, Pengarah telah ke Kampung Tepus, Gunong untuk Lawatan Kebajikan ke atas Veteran Rashid bin Isa disebabkan beliau menghadapi stroke dan lumpuh separuh badan.

LampiranSaiz
01.jpg112.7 KB
02.jpg128.53 KB
03.jpg149.07 KB
06.jpg51.44 KB