Alor Setar 5 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rodzaly bin Abdul Rahman TUDM melakukan lawatan bencana alam ke atas rumah veteran (212882) Hj Abd Rahman bin Ibrahim yang beralamat di No 1, Taman Delima Jaya, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.

Rumah beliau mengalami kebakaran pada 5 Ogos 2019 jam 10 pagi dan  veteran merupakan YDP Persatuan 9 RRD. Kerosakan melibatkan bilik kedua dan ketiga serta ruang tamu dan setakat ini punca kebakaran tidak diketahui dan masih dalam siasatan pihak Bomba. Siasatan mendapati hampir 60 peratus kerosakan rumah akibat daripada kebakaran tersebut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

LampiranSaiz
01.jpg117.29 KB
02.jpg52.84 KB
03.jpg212.2 KB
04.jpg54.42 KB
05.jpg189.41 KB
06.jpg113.12 KB
07.jpg193.39 KB
08.jpg235.86 KB