Susulan Kes Kebajikan yang disiarkan di Sinar Harian bertarikh 1 Ogos 2019 Bertajuk Bekas Tentera Rayu Sumbangan, Isteri Hidap Kanser

Pontian, 1 Ogos 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Kapt Mohamad Yunus bin Misbah bersama Ketua Cawangan PVATM  Pontian, Tn Hj Md Saat bin Hashim telah membuat lawatan kebajikan terhadap isteri kepada veteran En Ismail Ahmad (69613) yang mengalami penyakit kanser payudara.

Isteri beliau Saniah Adan, 60, kini sedang dirawat di Wad Timur 2, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan memerlukan bantuan oksigen untuk pernafasan. Beliau turut memerlukan pampers dan susu formula bagi kegunaan harian dan kerusi roda untuk bergerak.

Veteran dan isteri tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan kewangan daripada anak-anak.

Veteran telah diberi penerangan berkenaan bantuan perubatan dan lain-lain bantuan berkaitan yang boleh dimohon melalui JHEV ATM. Borang permohonan bantuan juga telah diserahkan kepada veteran.

LampiranSaiz
02.jpg146.38 KB