Sri Aman, 2 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak, Mej Pahot Joll melaksanakan lawatan siasatan terhadap permohonan Bantuan Sara Hidup sekitar kawasan Sri Aman dan Lubok Antu, Sarawak. Senarai veteran terlibat dalam lawatan kali ini seperti berikut:

1. Veteran Sini anak Gampa di Rumah Musih, Sungai Merah, Pantu, Sri Aman, Sarawak. Beliau sekarang tinggal bersama isteri beliau di pondok yang usang. semua ini disebabkan oleh kebakaran rumah panjang yang berlaku pada  awal tahun 2018.

2.  Balu Veteran Missie anak Randang di Rumah Selimah, Bintong, Lubok Antu, Sarawak. Beliau merupakan balu kepada 1057762 Tambi anak Gutak. Balu mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Semasa lawatan dilakukan, beliau tiada di rumah kerana ke Kuching untuk mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak dan tinggal di Kuching bersama anak beliau. Segala maklumat waris telah diambil dan siasatan akan dilaksanakan semula pada masa akan datang.

3.  Balu Veteran Kacut @ Nempiang anak Lampon di No 8, Rumah Dagang Gerunggang, Lubok Antu, Sarawak. Beliau merupakan balu kepada 900384 Nuya anak Jamba daripada unit Iban Tracker dan berumur 83 tahun. Keadaan balu yang agak uzur disamping tahap kesihatan yang kurang baik kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolestrol yang tinggi.

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak dapat meringankan beban veteran dalam menyalurkan pelbagai bantuan yang ada disediakan demi membantu para veteran yang memerlukan.

LampiranSaiz
01.jpg177.06 KB
02.jpg152.22 KB
05.jpg147.56 KB