Segamat, 8 Sep 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Hairi bin Muhamad Radzi menghadiri Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Negeri Johor yang telah diadakan di Balai Raya Tahang Rimau, Taman Yew Ngee, Segamat, Johor.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Natrah binti Haji Ismail, Ahli Parlimen Sekijang. Mesyuarat turut dihadiri Presiden PVATTBM, Tuan Haji Ismail bin Haji Abidin.

Sesi dialog bersama Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor turut dilaksanakan sebelum mesyuarat. Di dalam acara sesi dialog tersebut, Pengarah telah memberikan penerangan berkenaan dengan maklumat-maklumat terkini daripada JHEV ATM. Veteran juga berkesempatan mengemukakan masalah-masalah semasa untuk pertimbangkan dan diselesaikan oleh pihak JHEV ATM Cawangan Negeri.

LampiranSaiz
01.jpg152.37 KB
02.jpg142.98 KB