Puncak Alam, 29 Ogos 2019, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P K.L, Kdr Azman bin Yusoff TLDM telah menziarahi dan menyampaikan ucapan takziah kepada balu veteran ATM yang meninggal dunia iaitu Pn Noormah Ahmad Fadzil di kediamannya di Bandar Puncak Alam, Selangor. Allahyarham 801438  PWI Abdul Rahim bin Abd Rahman telah meninggal dunia kerana sakit tua dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam  pada waktu tengahari 29 Ogos 2019 .  Borang Pencen Terbitan dan Borang Tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah turut diserahkan semasa ziarah tersebut bagi memastikan balu veteran mendapat bantuan yang selayaknya diperoleh.

LampiranSaiz
10.jpg120.99 KB