Yan, 7 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rodzaly bin Abdul Rahman TUDM menyerahkan peralatan pesakit berupa katil hospital kepada veteran Encik Ghazali bin Ahmad (212491) -ex Armor. Veteran tinggal di Kampung Tengah, Sg Limau Dalam, Yan, Kedah dan mengalami lumpuh serta tidak mampu menguruskan diri sendiri sejak 3 tahun yang lalu.

Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun dalam ATM. Turut dihadiri oleh Pengerusi KEBAL Zon Utara bersama AJK serta wakil Pegawai Memerintah Rejimen ke-3 Kor Armor Diraja. Selain itu pihak JHEV ATM Cawangan Kedah/Perlis/P. Pinang turut menjelaskan mengenai skim bantuan yang boleh diberikan oleh pihak JHEV ATM bagi meringankan beban yang ditanggung.

LampiranSaiz
02.jpg193.31 KB