KUANTAN, 27 OGOS 2019 - Staf JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang telah menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Pengurus Sumber Manusia Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Sesi Libat Urus ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 26 sehingga 28 Ogos yang bertempat di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang. Program ini dihadiri oleh wakil-wakil dari semua Perkhidmatan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Sesi ini diadakan secara khidmat rundingan bersemuka bertujuan membincangkan secara terus masalah yang dihadapi oleh Pengurus Sumber Manusia di jabatan masing-masing dalam usaha kerajaan untuk memperkemas dan memantapkan lagi urusan sumber manusia.

LampiranSaiz
01.jpg122.61 KB
05.jpg121.9 KB