Kajang, 29 Julai 2019 –Temubual Khas bersama Lt. Jen (B) Dato' Seri Panglima Zaini Bin Hj Mohd Said di kediaman beliau di Kajang bagi Dokumentari Sayang di saluran Myfreeview TV, RTM yang dijangka akan disiarkan pada bulan September 2019 sempena Hari Malaysia.

Lt. Jen (B) Dato' Seri Panglima Zaini Bin Hj Mohd Said merupakan individu penting dalam tragedi hitam Al-Maunah yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana pada tahun 2000 apabila sebuah kumpulan yang bergelar Al-Maunah telah bertindak untuk melancarkan perang semata-mata ingin menggulingkan kerajaan Malaysia. Beliau telah mengetuai ‘Ops Subuh’ dalam menyerbu pangkalan Al-Maunah yang berkubu di Bukit Jenalik, Sauk, Perak dan telah berhasil membuatkan mereka menyerah diri. Beliau telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) atas keberanian dan sumbangan dalam peristiwa tersebut.

 

 

 

 

 

 

LampiranSaiz
img_5000.jpg7.47 MB